Posts

Showing posts from November, 2017

Diskripsi & Tugas Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Image
Sebelum anda memohon sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, apakah anda sudah mengetahui apakah diskripsi dan tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir N29? Ini penting agar anda tidak tersilap memohon jawatan mengikut kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Tadbir N29. Diskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), seorang Penolong Pegawai Tadbir N29, bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang Untuk memahami apakah bidang tugas penolong pegawai tadbir, ianya boleh dipecahkan seperti berikut. Tugas-Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 1.Pengurusan Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat term

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 2017

Image
Pihak SPA telah mengeluarkan hebahan panggilan temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Sesi 2017. Ianya adalah untuk calon taraf STPM/Diploma. Untuk sesi 2017 bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 (PPT), calon yang layak tidak perlu melalui tapisan peperiksaan online penolong pegawai tadbir seperti pada tahun 2016. Anda boleh baca disini : Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 Bagi anda yang belum mendapat makluman tentang tawaran temuduga penolong pegawai tadbir N29, boleh terus membuat semakan secara online menerusi pautan berikut : Semakan Online Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Untuk semakan secara online kelayakan temuduga penolong pegawai tadbir; Klik pautan berikut : Semakan online temuduga penolong pegawai Tadbir N29 Masukkan nombor kad pengenalan dan klik Hantar. Tarikh temuduga : 03 Disember 2017 - 18 Disember 2017