Diskripsi & Tugas Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Diskripsi Tugas Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29


Sebelum anda memohon sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, apakah anda sudah mengetahui apakah diskripsi dan tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir N29?


Ini penting agar anda tidak tersilap memohon jawatan mengikut kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Tadbir N29.

Diskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), seorang Penolong Pegawai Tadbir N29, bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang


Untuk memahami apakah bidang tugas penolong pegawai tadbir, ianya boleh dipecahkan seperti berikut.


Tugas-Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29


1.Pengurusan

  • Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.

  • Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda

  • Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan

2.Pentadbiran Pejabat

  • Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib..

  • Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk.

  • Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit menysuarat.

  • Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat

  • Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.

  • Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan


3.Hal berkaitan Kewangan

  • Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan.

  • Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois.

  • Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok..

  • Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll..


4.Hal Teknologi Maklumat


  • Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll.


  • Penggunaan internet,penggunaan aplikasi, system yang berkaitan



Bahan Rujukan Temduga Penolong Pegawai Tadbir N29




Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam
i.          Arahan Keselamatan
ii.         Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
iii.        Perintah-Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan
iv.        Peraturan Kewangan dan Perakaunan
v.         Panduan dan Tuntutan Perjalanan, Kursus dan Perpindahan


Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
i.           PKPA Bil. 4/91
Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

ii.          PKPA Bil. 6/91
Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

iii.         PKPA Bil. 7/91
Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)
iv.         PKPA Bil. 8/91
Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja

v.         PKPA Bil. 1/92
Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi Perkhidmatan Awam
vi.         PKPA Bil. 4/92
Pengendalian Pengaduan Awam

vii.        PKPA Bil. 3/93
Panduan Mengenai Piagam Pelanggan

viii.       PKPA Bil. 2/96
Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam
ix.         PKPA Bil. 1/97
Panduan Pelaksanaan MS ISO 9000 dan Skim Persijilan Sistem Kualiti oleh Agensi Kerajaan
xii.        PKPA yang lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa



Untuk calon exam online pada 5 Mei 2019 ini, jangan lupa juga untuk turut baca contoh soalan peperiksaan penolong pegawai tadbir n29 untuk mantapkan lagi persediaan exam anda. Ayuh tinggalkan calon lain yang masi di buai mimipi!


P/s : Untuk calon exam online penolong pegawai tadbir n29 terengganu klik pada gambar untuk dapatkan rujukan khas anda...


Dapatkan Rujukan Khas Penolong Pegawai Tadbir N29 Terengganu Edisi 2019


Comments

  1. idm crack offers support for full high definition (HD) recording, and also supports a webcam Picture in Picture while screen recording is ongoing.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 2017